Maklumat berkenaan kantan:
POKOK KANTAN adalah (Phaeomeria speciosa) atau
jenis lain (Erlingera elator Jack) merupakan sejenis tanaman dari
keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis
pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan
Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari
Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab.
Bunga Kantan di gunakan dalam masakan seperti asam pedas,
kuah laksa asam, ulam nasi kerabu dan ramuan dalam sambal. Beberapa kegunaan
lain seperti untuk tujuan perubatan tradisional. Kantan mengandungi pelbagai
unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai
akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna
merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan betina terdapat pada satu
bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak
bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu
mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai
jenis tanah dan elakkan kawasan yang bertakung air.
Di Malaysia belum ada
kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar
Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji
benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan
petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk
berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan
ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. .
Potensi tanaman
Satu ekar
potensi maksima 1,000 kantan dengan jarak 7 x 6 kaki.
Satu rumpun
berpotensi menghasilkan 10 batang bunga sebulan atau
1,000 runpum
x 10 batang bunga
=10,000
batang bunga kantan sebulan.
Harga ladang
70 sen x 10,000 batang bunga sebulan
=RM7,000
sebulan untuk satu ekar kantan.
Secara kebiasaan,
Tuaian kantan
di buat seminggu sekali atau
3 hari
sekali bergantung bermintaan peraih kantan.
Pokok kantan
mula mengeluarkan bunga pada usia 11 ke 15 bulan bergantung kesuburan tanah.
Jenis bunga
kantan:
1.
Pink
2.
Putih
3.
Tulip
4.
Delima
5.
Pink putih
6.
Spiral
Hasil
dari kantan:
1.
Bunga kantan
2.
Buah kantan
3.
Pucuk kantan
4.
Umbut kantan
5.
Daun kantan
6.
Akar kantan
Link telegram
untuk maklumat tambahan berkenaan kantan, free join.
Jemput klik
dan follow telegram kantan berikut:
https://t.me/+nxUkN3HQRF0wMjI1
Manfaat Kesihatan:
1. Bersifat Anti-Hyperglycemic
Bunga kantan perlahankan
penyerapan karbohidrat.
Sekali gus kurangkan serapan
gula.
Tak adalah gula naik mencanak
nanti lepas makan.
Juga elok untuk masalah
hypertension.
Kurangkan tekanan pada jantung.
Selain bantu turunkan
paras kolesterol jahat.
Dan tingkatkan
kolesterol baik.
2. Bersifat Anti-Inflammatory
Bunga kantan bagus untuk kurangkan
radang dalam tubuh.
Kaempferol antara ejen utama anti-inflammatory.
Radang tinggi penyebab banyak
masalah.
Nutrisi bunga kantan bagus
untuk kulit, kuku dan rambut.
Bikin kulit lebih awet
muda.
Sebab bunga kantan juga tinggi
antioksidan.
Kaempferol juga sokong fungsi OTAK.
Lancarkan aliran darah.
Kurangkan kabut otak (brain
fog).
Dan cegah penyakit OTAK
termasuk Alzheimer’s.
3. Bagus Untuk Penghadaman
Kandungan serat tinggi dalam
bunga kantan.
Bantu pencernaan usus. Elak
sembelit.
Keseimbangan bakteria dijaga.
Kalau kerap tegang otot
otot, bunga kantan boleh bantu.
Legakan
muscle cramps.
Bunga kantan juga bantu tingkatkan
stamina fizikal.
4. Cegah Uric Acid Berlebihan
Uric acid berlebihan dalam
tubuh.
Boleh datangkan bahaya
seperti gout dan batu karang.
Bunga kantan bersifat anti-hyperuricemic.
Terima kasih kepada kandungan polyphenol, flavonoid dan saponin.
5. Bersifat Anti-Tumor
Bunga kantan didapati cegah
risiko kanser.
Terutama kanser kolon.
Jumlah anthocyanin yang
banyak dalam bunga kantan.
Didapati beri kesan cytotoxic pada sel
kanser ovari.
Apa lagi kebaikan bunga kantan?
6. Tinggi kandungan air. Cegah
dehidrasi.
7. Singkirkan lebihan bahan /
toksin tak diperlukan tubuh.
8. Sesuai bagi yang nak turunkan
berat.
9. Sifat anti-radang bantu
lincirkan sendi tulang.
10. Untuk minuman lelaki dan
batin, boleh rendam kan bunga kantan pada air suam sebagai amalan harian.
Kanser:
Kajian lain turut mendapati bunga
kantan mempunyai potensi sebagai agen kemoterapi dalam merawat kanser kulit. Menurut kajian ini, ekstrak bunga
kantan boleh memendekkan jangka hayat sel melanoma
(sel kanser kulit). Bunga kantan juga turut menunjukkan aktiviti antikanser terhadap
kanser payudara dan kanser serviks
Menghilangkan Bau Badan.
Ia juga mengandungi bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan. Pokoknya juga dikatakan boleh menghilangkan
bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin
Ulasan
Catat Ulasan