Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

Resepi toner tea tree cara buat

Imej
  Resepi toner tea tree                                          180g distrill water/air suling. Air lain tidak sesuai ye. 20 hyaluronic serum base 2g polysorbate 80 2g tea tree oil 1g witch hazel 1g garmell plus Kacau bahan hingga sebati baru tambahkan air. Pewarna jika perlu. Buat pada persekitaran terkawal. Pastikan anda menggunakan sarung tangan.   Serta semua alatan yang sudah di sterilise kan.     Toner  yang terbaik akan membantu ermukaan kulit supaya kelihatan lebih segar, lembut dan lembab. Ianya juga bertindak untuk menanggalkan lebihan solekan sekiranya masih ada yang tertinggal ketika membersihkan  wajah . Formulasi  toner  yang baik akan memberikan kesan yang nyata pada kulit anda.     Kenapa kita harus pakai toner? Toner  ni jadi penting untuk kulit yang mudah dehydrated, kering dan jug...

Cara buat sabun serbuk

Imej
                                                            Cara buat sabun serbuk:   1. Minyak kelapa - 40kg 2. Kostik Lye 37 degree - 20 kg 3. Silikat - 2 kg 4. Serbuk Likapol - 2.5 kg 5. Warna sabun (Tannin Blue) - 10 gm 6. Resin - 5kg @ wajib pakai pakaian keselamatan penuh ye.   Cara-caranya   1. Sediakan Lye 37 degree terlebih dahulu, masukkan silikat dan kacau dengan senduk kayu. Larutkan pewarna dengan air dan campurkan dengan Lye. Letak ke tepi dahulu.   2. Isikan minyak ke dalam kuali, pastikan saiz kuali yang besar digunakan. Panaskan sehingga mencapai suhu 90F . (Nota Penting : Minyak mudah terbakar apabila terdedah kepada api. (Oleh itu elakkan minyak dari terkena api). Campurkan resin yang telah dihancurkan ke dalam minyak. Kacau sehingga larut.   3. Kemudian masukkan l...

Resepi sabun miss v wanita

Imej
  Resepi sabun miss v wanita                                                              79g oil manjakani (masak manjakani dgn minyak kelapa) 79g oil kayu serapat (masak kayu serapat dgn minyak kelapa sawit) 79g olive oil 26g castor oil 100ml air sireh Sireh 17ml eo sireh Lye 38g   Campurkan lye ke air sireh dan biarkan sejuk. Campurkan kesemua jenis minyak. Selapas itu campurkn minyak dan juga air sireh. Gunakan hand mixer dan kacau sehingga pekat dan boleh dicampur dgn eo selepas itu kisar lg dgn hand mixer sehingga betol2 pekat dan masukkan ke dalam acuan.   @ sila patuhi semua panduan membuat dan mengendalikan bahan lye dan keselamatannya.

Resepi shampoo mudah

Imej
  Resepi shampoo mudah                       Bahan-bahannya:   ½ cawan air tapis ½ cawan sabun cair berasaskan sayur 1 sudu teh minyak sayur atau gliserin (sekiranya mempunyai rambut berminyak) Beberapa titis minyak pati kegemaran anda (pilihan) Satukan kesemua bahan, gaul rata dan masukkan ke dalam botol syampu kitar semula. Syampu rambut seperti biasa dan kemudian bilas dengan air suam. Syampu buatan sendiri ini lebih nipis daripada syampu komersial dan ia tidak akan mengeluarkan banyak buih tetapi ia akan menghilangkan minyak dan kotoran.   Boleh tambah kan foam boster dan wangian lain yang anda suka  

Resepi cara buat sabun tangan sendiri

Imej
  Resepi cara buat sabun tangan sendiri:                                                      Bahan-bahannya 1. serbuk hand soapklino(200gram) 2. sles (300ml) 3   Air tapis 2 liter. 4 Botol kosong pilih jenis yang ada pumb agar nanti keluar bueh bila di tekan. 5 bekas untuk mencampur 6 wangian dan   pewarna bole di tambah jika minat mengikut pilihan jenisnya sendiri. 7. Pengacau   1.        Tuangkan air tapis 2 liter kedalam bekas yang sesuai. Tambahkan bahan pertama dan kedua kacau sehingga sebati. 2.        Dah sebati sabun tangan sudah siap. 3.        Anda boleh asingkan 2 liter ini kepada 5 bekas yang berbeza sebelum menambahlan pewarna dan pewangi. 4.        Hasil akhir anda akan me...

Cara buat sabun lantai

Imej
  Cara buat sabun lantai: Ada banyak versi dan resepi sabun lantai. Ada yang suka banyak bueh, ada yang suka kurang bueh. Ada yang suka kuat dan kurang baunya. Boleh cuba resepi yang ini dulu:     Bahan-Bahan: -Texapon/sles(500gram) -Garam halus dapur puteh/nacl(500gram) -Pine oil(100ml) -Tawas halus(30gram) -Air bersih(10liter)   Langkah-Langkah 1.masukkan 10 liter air dan texapon/sles.Kacau-kacau hingga sebati   2.masukkan garam halus. Kacau hingga larut dan kental   3.bila bahan dah kental, masukkan tawas dan pine oil sambil kacau-kacau.   Boleh ditambah pewarna jika anda minat. Tidak perlu tambahkan pewangi kerana pine oil sangat kuat. Menambanhkan wangian kurang sesuai untuk resepi sabun lantai yang ini. Nanti saya kongsikan resepi sabun lantai yang wangi pula. Dah siap biarkan semalaman dulu ye.   Alatan yang digunakan untuk membuat sabun lantai ini tidak sesuai untuk digunakan bagi memuat sabun lain...

Resepi toner jerawat

Imej
  Resepi Toner jerawat   180g Distill water atau air suling. Bukan air mineral, bukan air ro ye. 20g serum base 2g tea tree essential Oil 2g polysorbate 80 1g garmell plus 1g witch hazel   Botol spray mengikut pilihan anda sendiri.   Cara membuatnya: Campurkan polysorbate 80 dan tea tree essential oil dan kacau   sehingga sebati. Setelah sebati masukkan bahan-bahan lain kemudian campurkan dengan air dan kacau sehingga betol-betui sebati. Kemudian   itu bolehlah dimasukkan ke dalam bekas dan digunakan.   Jika anda buat. Banyak pastikan kacau sehingga sebati. Sehingga lebih 60minit. Untuk adunan lebih dua liter perlu di tambahkan penstabil.     Toner jerawat fungsinya untuk apa? Fungsi toner  ini membantu mengangkat sel kulit mati, sehingga membantu membuat  wajah  terlihat lebih cerah dan segar. Biasanya, exfoliating  toner  mengandung bahan aktif salicylic acid dan glycolic acid. Di...

Resepi sabun enzima

Imej
      Resepi sabun enzima   Tee tree oil          16ml Lye                        36g Air suling             100ml Minyak kelapa     110ml Castor oil              53ml Olive oil                 50ml Palm oil                 40ml   Cara   Campurkan lye dan air suling dan gaul sebati tunggu hingga sejuk kemudian campur semua bahan dan blend hingga pekat akhir skli masukkan dlm acuan. Untuk percubaan pilih acuan bentuk biasa dahulu. Simpan hingga 4mggu atau setelah Ph turun baru boleh guna   Bahan aktif ...

Cara buat sabun kunyit

Imej
  Sabun kunyit: Sabun kecantikan kunyit. Semak kualiti kunyit yang anda gunakan. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Manfaat kunyit: 1. Antibakteria /bunuh bakteria 2. Antiradang 3. Mengatasi jsrawat 4. Agen pemutih wajah 5. Agen penangal rambut (hair remover produk) 6. Agen matikan pertumbuhan rambut (untuk orang botak) 7. Dll *gunakan kunyit bulat/kunyit muka/kundu manjal untuk hasil terbaik. Resepi sabun kunyit: 1. 100g soap base bole pilih jenis base yang anda suka. 2. 4.5g serbuk kunyit bulat. 3. 3g jojoba oil 4. 0.5g Castor oil Teknik: Double boil, campur semua bahan setelah api mati. Kacau rata dan tuangkan pada acuan pilihan anda. Sembur rubbing alkohol pada permukaan bagi mengelakkan bueh. Seteleh 15minit. Sabun keras bole terus digunakan atau bungkus dengan pembalut makanan. Plastic rap. ☐ Selamat mencuba

Punca sabun mp, Melt and pour berpeluh?

Imej
  Punca sabun mp, Melt and pour berpeluh?   Sabun (MP khasnya) berpeluh tidaklah mencacatkan kualiti sabun, cuma ia menyebabkan kerja kita rimas, renyah & leceh jadinya.   Terdapatnya peluh atau omputih sebut 'soap dew' petanda baik bahawa sabun anda mempunyai humectant property. Iaitu kelembapan yang bagus untuk kulit pengguna. Dew ini bukanlah dari dalam sabun tapi adalah partikel lembapan /air di udara sekeliling yang ditarik oleh sabun yg dibuat tadi. Dapat bayangkan bagusnya menafaat sabun anda buat pada kulit pengguna kan? Rejuvenate & anti ageing gitew 😍 taw…   Ada 4 bahan humectant dikenalpasti penyumbang soap dew. Adalah seperti berikut:     1. Glycerin - sebatian yang diperbuat daripada bahan semula jadi atau tiruan, seperti minyak sayuran. Ia memberikan kualiti pelembab dan penyembuhan kepada kulit kerana sifat humektannya. Ia juga boleh digunakan sebagai agen demulsen, yang bermaksud bahawa ia boleh melegakan keradanga...

Jadi Stokis sabun dobi siap

Imej
 Salam semua, disini saya cadangkan satu jenama sabun dobi siap pada yang minat untuk menceburi perniagaan sabun dobi. Sabun dobi jenama toyyib ini salah satu cadangan saya buat anda. Sesuai pada yang tidak mempunyai modal besar untuk membeli mesin, stiker dan proses penjenmaan. Anda juga akan di bantu dalam kelas pemasaran mereka nanti. Syarat untuk mendaftar sebagai Stokis yang sah berurusan terus dengan HQ  perlu membuat belian minima 300 botol akan tetapi sekarang hanya serendah pembelian minima 130 120 100 botol sudah layak untuk menjadi Stokis yang Sah   Jika Tuan/Puan sudah membuat pembelian kami akan simpan nama Tuan/Puan sebagai Stokis yang berdaftar dan boleh beli terus dari kilang (HQ)   Support dari (HQ) juga akan di berikan untuk membuat jualan dengan cara lebih berkesan melalui Kelas Online & Offline   1. Kami akan bantu untuk habiskan 100 botol stock pertama dalam masa sebulan   2. Whatsapp Group Support yang terdiri dari Team HQ dan raka...

Dari meja admin

Imej
      Salam semua, Selamat datang ke laman blog saya sabakdiha.blogspot.com. Blog ini terbuka kepada semua yang ingin mempelajari, mengenali dan mendalami ilmu-ilmu berkaitan membuat produk sabun, produk kecantikan dan minyak mudah. Untuk tujuan kegunaan di rumah. Bagi mengurangkan kos pembelian sabun dan produk sediakan bulanan serta sesuai juga untuk jualan secara kecil-kecilan. Kepada kenalan dan jiran tetangga.   Ada banyak resepi dan tips yang saya kongsikan agar dapat memberi panduan dan kesedaran khususnya dalam isu kulit sensitif.   Saya bermula dengan niat untuk membantu isteri saya yang mempunyai kulit sensitif. Minat saya mendalami ilmu pembuatan dan dan produk meningkat hari demi hari.   Pertama kali dalam hidup saya mengetahui memang ada invividu yang hilang cap jari tangan akibat penggunaan sabun yang kurang sesuai. Adik ipar saya sering menghadapi masalah untuk berurusan di kaunter bank mahupun urusan rasmi yang lain. Lantaran s...