Cara buat sabun lantai:
Ada banyak versi dan resepi sabun lantai. Ada yang
suka banyak bueh, ada yang suka kurang bueh. Ada yang suka kuat dan kurang
baunya. Boleh cuba resepi yang ini dulu:
Bahan-Bahan:
-Texapon/sles(500gram)
-Garam halus dapur puteh/nacl(500gram)
-Pine oil(100ml)
-Tawas halus(30gram)
-Air bersih(10liter)
Langkah-Langkah
1.masukkan 10 liter air dan texapon/sles.Kacau-kacau
hingga sebati
2.masukkan garam halus. Kacau hingga larut dan kental
3.bila bahan dah kental, masukkan tawas dan pine oil
sambil kacau-kacau.
Boleh ditambah pewarna jika anda minat. Tidak perlu
tambahkan pewangi kerana pine oil sangat kuat. Menambanhkan wangian kurang
sesuai untuk resepi sabun lantai yang ini. Nanti saya kongsikan resepi sabun
lantai yang wangi pula.
Dah siap biarkan semalaman dulu ye.
Alatan yang digunakan untuk membuat sabun lantai ini
tidak sesuai untuk digunakan bagi memuat sabun lain seperti sabun pinggan dan
muka. Sebaiknya asingkan bekas dan pengacau khas boleh beli murah di kedai eco.
Jangan gunakan bekas membuat sabun lantai ini untuk tujuan barang makanan.
Cuba gunakan sedikit atau satu tutup botol air mineral
untuk campuran air satu jug didalam baldi untuk anda mob lantai. Sekiranya rase
kurang berkuasa boleh di tambahkan lagi.
Ulasan
Catat Ulasan