Punca sabun mp, Melt and pour berpeluh?
Sabun (MP khasnya) berpeluh tidaklah mencacatkan kualiti
sabun, cuma ia menyebabkan kerja kita rimas, renyah & leceh jadinya.
Terdapatnya peluh atau omputih sebut 'soap dew' petanda baik
bahawa sabun anda mempunyai humectant property. Iaitu kelembapan yang bagus
untuk kulit pengguna. Dew ini bukanlah dari dalam sabun tapi adalah partikel
lembapan /air di udara sekeliling yang ditarik oleh sabun yg dibuat tadi. Dapat
bayangkan bagusnya menafaat sabun anda buat pada kulit pengguna kan? Rejuvenate
& anti ageing gitew😍 taw…
Ada 4 bahan humectant dikenalpasti penyumbang soap dew. Adalah
seperti berikut:
1. Glycerin - sebatian yang diperbuat daripada bahan semula
jadi atau tiruan, seperti minyak sayuran. Ia memberikan kualiti pelembab dan
penyembuhan kepada kulit kerana sifat humektannya. Ia juga boleh digunakan
sebagai agen demulsen, yang bermaksud bahawa ia boleh melegakan keradangan..
So siapa guna MP Glycerin Soap Base biasa lalui pengalaman segini.
2. Aloe vera -- ramuan botani yang telah lama diiktiraf
untuk faedah penjagaan kulitnya, yang termasuk penenang dan penghidratan kulit,
dan sering dipaparkan dalam penjagaan selepas matahari. Ia tersedia dalam
pelbagai format, termasuk sebagai serbuk, gel, minyak dan ekstrak.
3. Honey - dihasilkan oleh lebah dan mempunyai sifat
pelembab semula jadi, antibakteria dan anti-radang yang sangat baik.
4. Hyaluronic acid - ialah polisakarida semulajadi yang
terdapat dalam pelbagai tisu dalam badan, dan ia dihasilkan dengan bioteknologi
untuk digunakan dalam produk penjagaan diri untuk memberikan pengalaman
sentuhan yang unggul dan pemulihan kulit serta-merta selepas penggunaan. Sodium
hyaluronate ialah versi asid hyaluronik yang lebih kecil, yang membolehkan ia
menembusi kulit dengan lebih baik, dan kedua-duanya ditampilkan dalam penjagaan
kulit dan sabun bar.
Ni elakkan guna ya. Bahan yang ini, Dah ada fatwa
mengenainya.
Tips dan panduan agar isu peluh sabun terkawal:
1. Jangan kerap dikacau cairan sabun.
2. Jangan masak lama (double boiler) sabun di atas api.
Teknik untuk mengurangkan soap dew:
1. Add in garam.
Ia mengeraskan sabun cuma akan menjejaskan buih.
Atau:
Add in beeswax - kos sikit laa... Tapi sabun keras &
beli nilai tambah pada pengguna.
Atau:
Spray isopropyl (rubbing) alcohol selepas tuang ke dalam
acuan - ia melicinkan permukaan sabun, nampak clear & prevent soap dew.
Atau:
Cover sabun dengan kain cotton ketika curing process - ia
menyerap soap dew.
Atau:
Place the cured soaps dalam dehumidifier tray. Boleh beli
kat Shopee.
Akhir sekali : tak usah tangguh2. Cepat balut sabun dgn
fruits cling wrap. Ini the best.
Ulasan
Catat Ulasan