Salam semua,
Selamat datang ke laman blog saya sabakdiha.blogspot.com.
Blog ini terbuka kepada
semua yang ingin mempelajari, mengenali dan mendalami ilmu-ilmu berkaitan
membuat produk sabun, produk kecantikan dan minyak mudah. Untuk tujuan kegunaan
di rumah. Bagi mengurangkan kos pembelian sabun dan produk sediakan bulanan
serta sesuai juga untuk jualan secara kecil-kecilan. Kepada kenalan dan jiran
tetangga.
Ada banyak resepi
dan tips yang saya kongsikan agar dapat memberi panduan dan kesedaran khususnya
dalam isu kulit sensitif.
Saya bermula
dengan niat untuk membantu isteri saya yang mempunyai kulit sensitif. Minat saya
mendalami ilmu pembuatan dan dan produk meningkat hari demi hari.
Pertama kali dalam
hidup saya mengetahui memang ada invividu yang hilang cap jari tangan akibat
penggunaan sabun yang kurang sesuai. Adik ipar saya sering menghadapi masalah
untuk berurusan di kaunter bank mahupun urusan rasmi yang lain. Lantaran sudah
tidak mempunyai cap jari tangan.
Fahami bahan
bahaya dan tidak bagus dalam produk yang dijual. Mungkin kita belum sempat nak
buat porduk sendiri. Namun ilmu mengenali bahan-bahan boleh menyelamatkan anda
dari produk berisiko, bahaya dan merugikan wang rigggit jika dibeli. Kerana
tidakan akan di gunakan jika produk tadi mendatangkan kesan pada kita.
Dan lagi ilmu ini sangat penting bagi mengelakkan
bayi-bayi kecil menjadi ruam, gatal dan sensitif hanya berpunca dari kesilapan
kecil ibu bapanya.
Berikut beberapa
link untuk semakan anda. Blog ini saya buat setelah hampir 2 tahun berkongsi
tips, ilmu dan resepi di facebook group. Ramai menghadapai cabaran menyemak
nota-nota lama yang sudah jatuh di facebook group. Dari itulah saya bermula
membanyakan nota dan perkongsian di blog ini. Nota disini akan sentiasa saya
tambah dari masa kesama.
Link tiktok:
tiktok.com/@cikgudiha
Link shopee: shopee.com.my/kedaisabak
Tekan butang
follower di sebelah kanan.
Bagi terus menerima
update perkongsian terkini saya di blog ini.
Sebarang Cadangan,
komen serta pandangan bagi manfaat dan kebaikan ramai amat dialu-alukan.
Sekian, Terima Kasih,
Berjumpa lagi nanti.
Ulasan
Catat Ulasan