Asid lemak
metil ester sulfonat (MES) ialah surfaktan anionik berasaskan oleokimia yang
diperoleh daripada minyak sawit atau kelapa melalui transesterifikasi dan
sulfonasi seterusnya. Linear alkilbenzena sulfonat (LASs), alkil sulfonat
(ASs), dan alfa olefin sulfonat (AOSs) biasanya digunakan sebagai surfaktan
detergen.
What is MES methyl sulfonate?
Bahan mes ini amat selamat digunakan
untuk pelbagai produk sabun cecair.
CADANGAN KEGUNAAN
• Serbuk pencuci dan cecair
• Cecair pembersih automotif
• Cecair pencuci tangan
• Cecair pencuci pinggan mangkuk
• Produk pembersihan isi rumah
Maklumat berkenaan mes sabun ini:
1. Boleh dipegang dengan tangan tidak
membahayakan.
2. Di perbuat dari kelapa sawit
3. Mes ini adalah bahan organik
4. Terdapat dapat 3 jenis flake, serbuk mahupuan pati. Namun di Malaysia kebanyakan
dalam bentuk flake/kepingan kecil.
5. Tiada beza diantara mes flake atau
serbuk. Namun kebiasaannya mes serbuk dijual lebih mahal berbanding flake. Kerena
ia jarang ada dan lebih cepat larut apabila dipanaskan.
6. Mes serbuk adalah mes hancur yang
biasa berada di bahagian bawah guna 25kg packaging mes.
7. Kebanyakan stok mes di Malaysia di import
dari Indonesia
8. Kelebahan bahan mes adalah sabun
akan menjari keruh selepas beberapa hari.
9. Ramai pengeluar sabun dobi
mencampurkan mes didalam resepi mereka agar sabun dobi kelihatan lebih pekat dan
cantik.
10. Sabun yang menggunakan mes boleh
digunakan untuk mereka yang ada masalah kulit sensitive.
11. Dinasihatkan memakai tutup hidung
semasa mengendalikan mes kerana butiran halus mes adakalanya membuatkan tidak
selesa pada pernafasan.
SIFAT UTAMA
•
Detergensi yang baik dalam air panas
• Boleh
terbiodegradasi
• Selamat
dari segi alam sekitar
• Serasi
dengan surfaktan amfoterik dan bukan ionik
• Kuasa
pembersihan yang kuat pada kepekatan rendah
• Halal
Untuk di Malaysia belum banyak produk mahupun pengeluar sabun, kilang
sabun. yang fokus menggunanakan mes sebagai bahan utama produk. Ini berikutan
kos pengeluaran produk sabun menggunakan mes sebagai bahan utama akan menjadi
tinggi. Kerana ia perlu di larutkan atau perlu dimasak agar mes menjadi larutan
cecair.
Semakan saya ada sebuah ngo di bangsar yang menggeluarkan dan memasarkan
sabun menggunakan mes di beberapa
pasaraya. Ngo tersebut memfokus mengeluarkan sabun organik yang baik untuk alam
sekitar serta juga selamat bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Tidak terlepas juga segelintir pengeluar dan peniaga sabun oum di rumah
yang hanya mencampurkan sedikit mes. Untuk tujuan pemasaran dan label produknya.
Dengan adanya mes, walau sedikit atau sebagaian kecik mereke mendakwa sabun
yang dijual adalah organik.
Kelebihan sabun organik adalah harga jualan yang lebih tinggi dari sabun
normal di pasaran.
Saya amat menggallakan anda semua mendalami ilmu bahan dan pembuatan
sabun. Serta mahir membaca label produk. Agar keselamatan kita dan ahli
keluarga kita tidak menjadi taruhan hanya akibat produk murah.
Kongsikan maklumat dan panduan ini kepada kenalan anda yang lain. Semoga
ia bermanfaat.
Semua di jemput masuk facebook group kelas sabun cikgu diha, free join. Nanti
saya berikan link senarai 60 sabun buat anda belajar terus ye. Jumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan