Bunga Telang
Nama Saintifik:Clitoria ternatea
Famili:Kekacang ( Fabaceae )
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain: Butterfly pea vine, blue pea, anchan
(Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam).
Keterangan :
Tanaman ini berasal dari Asia yang beriklim tropika
khatulistiwa, tetapi telah diperkenalkan ke Afrika, Australia dan Amerika.
Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang
mempunyai kandungan humus yang tinggi) serta memerlukan cahaya matahari
secukupnya untuk membesar.
Di Kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi
kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.
Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang
menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai
tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar
sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3
hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah
selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang
lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas
(dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak
terbantut.
Kegunaan dan Khasiat :
Bunga kacang telang biru digunakan sebagai perwarna
nasi kerabu atau pulut. Ia juga digunakan dalam proses mewarna mengkuang(untuk
kraftangan) dan kain.
Bunganya juga banyak digunakan untuk menghitamkan
rambut dan menyuburkan kulit kepala.
Daun pokok ini boleh digunakan untuk mendapatkan
warna hijau. Buah kacang muda boleh dimasak dan dimakan.
Akarnya digunakan untuk melawaskan pembuangan air
kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan
serbuk digunakan sebagai julap. Jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, ia
boleh membuka selera makan.
Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat
mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain
hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.
Bunga kacang telang yang direndam di dalam air
bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. Air
rebusan bunganya yang diminum boleh merawat disenteri.
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih,
kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang
haid.
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada
bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. Daun telang biru yang
diremdam boleh digunakan untuk mencuci mata merah.
Khasiat perubatan bagi wanita :
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran
seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan
‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang
dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana
memmpunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai
pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara
tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore,
mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan
ini dicatatkam dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.
Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan bahawa
untuk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pada pinggang
perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.
Menyuburkan rambut :
Sejak turun temurun, kacang telang telah dipercayai
amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga
dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
Mengurangkan sakit kepala :
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu
mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga
tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan
sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam
dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser
mulut. Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
Dalam perubatan tradisional pula, telang ini banyak
digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit,
sakit tekak dan penyakit kulit.
Merangsang memori dan kebijaksanaan :
Di India, kacang telang dikenali dengan nama
Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia
dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
Pewarna makanan dan fabrik :
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan
pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah
digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila.
Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini
kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih.
Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut.
Banyak lagi berkenaan telang akan saya kongsikan.
Ulasan
Catat Ulasan